Hak milik Pembangun_perisian

Kebenaran terhadap kod sumber

Projek perisian yang dibangunkan oleh pembangun perisian selalunya dilesenkan di bawah nama pembangun tersebut; sama ada perseorangan, syarikat atau pertubuhan untung atau bukan untung.

Dengan ini, pembangun boleh menentukan sama ada ia ingin projeknya bersumber terbuka atau tertutup; bebas atau tidak dan sebagainya. Pembangun bagi badan bersifat perdagangan selalunya memilih untuk menterhadkan perisiannya, tujuannya mengelakkan pesaingnya mengatasi mereka dengan memperbaiki atau menaiktaraf melalui pengubahsuaian kod sumber projek keluar pembangun tersebut.

Sama juga dengan pembangun bagi badan bukan untung, mereka tidak membebaskan sumber kod bagi sesuatu projek besar, dan cuma menunjukkan kod sumber kepada peserta projek yang terdiri daripada pembangun-pembangun perseorangan.

Perutukaran hak milik

Sesebuah perisian atau projek dilindungi oleh hak cipta di bawah pembangunnya bagi mengelakkan ia daripada digunakan oleh pihak lain untuk mendapat keuntungan atau nama daripadanya. Pun begitu, hak cipta ini boleh bertukar tangan dengan cara pembelian hak cipta atau penyerahan secara sukarela. Melalui mana-mana cara, pengawalseliaan dan pembangunan perisian berkenaan beralih tangan ke pembangun baru.